Sabtu, 7 Jun 2014
Gula Tiruan
APAKAH GULA TIRUAN?
Gula tiruan atau artificial sweetener adalah salah satu alternatif kepada gula.
Biasanya mengandungi nilai kalori yang lebih rendah.
Namun, kebanyakan pemanis jenis ini tidak dapat menyerupai gula sepenuhnya.
Kerana didapati terdapat perbezaan rasa berbanding dengan gula.
Lima jenis gula tiruan utama ialah aspartame, acesulfame potassium, neotame, saccharin, dan sucralose. Persoalannya, adakah ia selamat? Mungkin anda perlu mendapatkan info tentang lima jenis gula tiruan yang kami sebutkan tadi.Mungkin anda pernah terdengar makanan segera, minuman segera 3 dalam 1 dan minuman berkarbonat juga mengandungi gula tiruan. Sebelum membeli adalah lebih baik anda periksa label untuk mengesan kandungan gula tiruan yang tersembunyi. Dan perlu diingat, kos gula tiruan lebih mahal daripada gula tambahan.
SEBAB Penggunaan GULA TIRUAN
Membantu pengurangan berat badan: pemanis tiruan lebih rendah kandungan tenaga dan kalori.
Membantu penjagaan gigi: pemanis jenis xylitol tidak dapat ditapaikan oleh mikroflora (plak gigi dan menghalangnya memasuki permukaan gigi).
Mengawal diabetes: gula darah dapat distabilkan kerana sesetengah pemanis tiruan lambat dimetabolisme oleh tubuh.
Mengawal Hipoglikemia reaktif: Seseorang yang menghidap penyakit hipoglikemia reaktif akan menyebabkan penghasilan insulin yang berlebihan sekiranya seseorang mengambil pemanis yang mempunyai nilai glikemik yang tinggi. Hal ini menyebabkan kandungan glukosa dalam darah menurun ke paras yang terlalu rendah. Oleh itu, pemanis tiruan yang mempunyai nilai indeks glikemik yang lebih rendah menggantikan pemanis yang mempunyai nilai indeks glikemik yang tinggi untuk mengelakkan penurunan gula darah ke paras yang terlalu rendah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan