Sabtu, 7 Jun 2014
Gula dan anda
Bagaimana gula boleh menjejaskan kesihatan?·
Gula putih menyekat sistem imun. Didapati gula putih boleh mengurangkan hayat dan jumlah sel darah putih yang menjadi ejen utama kepada sistem imun kita untuk menghalang jangkitan atau kemasukan benda asing ke dalam badan. Ada yang mengatakan gula juga membuatkan badan kita bersifat asidik yang menyebabkan kita lebih mudah diserang bakteria dan virus. Malah, gula juga menjadi makanan utama kepada bakteria dan fungus jika berlaku jangkitan.
Gula putih dikategorikan sebagai makanan tinggi glisemik. Maknanya, ia menyebabkan paras gula darah meningkat cepat dan menjejaskan paras insulin. Maka ia dianggap makanan terlarang, terutama bagi pesakit kencing manis, kerana ia menyukarkan kawalan paras gula darah.
Gula juga ada kaitan rapat dengan kanser. Walaupun kebanyakan doktor tidak mengenakan pantang larang makanan kepada pesakit kanser yang menerima rawatan, mengawal kandungan gula dalam darah membantu meningkatkan tahap kesihatan pesakit.Kawalan paras gula dalam darah melalui penjagaan makanan, senaman, makanan tambahan dan ubat antara komponen penting dalam rawatan kanser.
Mengurangkan pengambilan gula dianggap langkah penting untuk membantu menurunkan berat badan. Masalah dihadapi kebanyakan orang ialah mempunyai bekalan tenaga harian berlebihan daripada makanan dan minuman. Walaupun semua orang tahu bersenam itu penting bagi membakar (menggunakan tenaga), masih ada yang liat mengamalkannya. Tenaga yang berlebihan, ditambah pula tenaga daripada gula dalam minuman, turut menyumbang Justify Fullg kepada pertambahan berat badan.·
Gula dan makanan manis adalah penyebab utama kepada kerosakan gigi seperti kerap dialami kanak-kanak. Bakteria dalam mulut menggunakan gula ini untuk menjadikan keadaan mulut lebih berasid bagi memecahkan lapisan enamel (lapisan gigi paling luar). Lama kelamaan, gigi akan berlubang. Apabila ini terjadi, banyak masalah lain menyusul, termasuk sakit gigi, jangkitan dan kehilangan gigi.Tabiat makan yang terlalu kerap juga perlu dihentikan. Ini kerana apabila kita makan (khususnya makanan mengandungi karbohidrat), ia meningkatkan kemungkinan pereputan gigi kerana air liur lebih banyak digunakan untuk menghancurkan makanan, sedangkan air liur penting bagi meneutralkan tahap keasidan mulut.
Dalam kajian lain mendapati, masalah kesihatan gigi boleh menjadi penyumbang langsung kepada masalah jantung. Untuk mengelak masalah kesihatan yang lebih serius, kurangkan pengambilan gula dalam makanan harian.
Gula Tiruan
APAKAH GULA TIRUAN?
Gula tiruan atau artificial sweetener adalah salah satu alternatif kepada gula.
Biasanya mengandungi nilai kalori yang lebih rendah.
Namun, kebanyakan pemanis jenis ini tidak dapat menyerupai gula sepenuhnya.
Kerana didapati terdapat perbezaan rasa berbanding dengan gula.
Lima jenis gula tiruan utama ialah aspartame, acesulfame potassium, neotame, saccharin, dan sucralose. Persoalannya, adakah ia selamat? Mungkin anda perlu mendapatkan info tentang lima jenis gula tiruan yang kami sebutkan tadi.Mungkin anda pernah terdengar makanan segera, minuman segera 3 dalam 1 dan minuman berkarbonat juga mengandungi gula tiruan. Sebelum membeli adalah lebih baik anda periksa label untuk mengesan kandungan gula tiruan yang tersembunyi. Dan perlu diingat, kos gula tiruan lebih mahal daripada gula tambahan.
SEBAB Penggunaan GULA TIRUAN
Membantu pengurangan berat badan: pemanis tiruan lebih rendah kandungan tenaga dan kalori.
Membantu penjagaan gigi: pemanis jenis xylitol tidak dapat ditapaikan oleh mikroflora (plak gigi dan menghalangnya memasuki permukaan gigi).
Mengawal diabetes: gula darah dapat distabilkan kerana sesetengah pemanis tiruan lambat dimetabolisme oleh tubuh.
Mengawal Hipoglikemia reaktif: Seseorang yang menghidap penyakit hipoglikemia reaktif akan menyebabkan penghasilan insulin yang berlebihan sekiranya seseorang mengambil pemanis yang mempunyai nilai glikemik yang tinggi. Hal ini menyebabkan kandungan glukosa dalam darah menurun ke paras yang terlalu rendah. Oleh itu, pemanis tiruan yang mempunyai nilai indeks glikemik yang lebih rendah menggantikan pemanis yang mempunyai nilai indeks glikemik yang tinggi untuk mengelakkan penurunan gula darah ke paras yang terlalu rendah.
7 Kesan Negatif Pengambilan Gula Berlebihan.
Dulu pernah kecoh seluruh negara apabila kerajaan mengurangkan subsidi gula.Akibatnya harga gula naik dipasaran.Bukan itu sahaja semua makanan yang ada kaitan dengan gula turut mengalami peningkatan harga.
Sebagai orang yang berusaha untuk menjaga kesihatan saya beranggapan kenaikan harga gula adalah satu hikmah yang wajar kita syukuri seadanya.Kata orang tambah manis dalam senyuman tetapi kurangkan manis dalam minuman.”
Ada 7 kesan negatif pengambilan gula kepada manusia.
1.Kegemukan
Masalah obesiti atau kegemukan bukan perkara baru lagi dalam masyarakat hari ini.Terutamanya kepada mereka yang suka makanan manis namun gaya hidup kurang aktif.Gula yang diambil berlebihan akan bertukar menjadi lemak dalam badan.
2.Tekanan darah tinggi
Bila dah gemuk maka lemak banyak dalam badan.Jantung terpaksa bekerja keras kerana saluran darah semakin jauh.Kasihan jantung kerana mengepam darah dengan kuat menyebabkan tekanan darah meningkat.
3.Diabetes
Keadaan paras gula yang tinggi berlaku kerana pankreas gagal menghasilkan insulin.Gula yang tinggi dalam darah menyebabkan saluran darah tebal dan sempit.Jadi ramailah kaum kerabat penyakit datang bertandang ke badan kita.
4.Penyakit jantung
Saluran darah yang sempit menyebabkan jantung mengalami kekurangan darah yang beroksigen dan bernutrien.Pengaliran darah yang kurang lancar ke jantung menyebabkan otot jantung boleh berhenti berfungsi.Kesannya sendiri mau tau la..KO.
5.Fungsi imun terjejas
Ketika gula terlalu banyak dalam darah maka keupayaan sel-sel darah putih terganggu.Sel-sel ini yang sepatutnya menghalang gangguan virus,bakeria dan mikroorganisma ke sistem antibodi telah lari dari tugas.Akibatnya kita mudah mendapat penyakit.Jadi salah siapa sebenarnya?
6.Ketumbuhan tumor.
Masalah ini akan menyerang pesakit kanser.Gula yang berlebihan merangsang sel kanser mendapat bekalan minyak supaya merebak aktif ke seluruh badan,Perlu kita ingatkan bahawa sel kanser sangat suka kepada gula macam tuannya sendiri.
7.Osteoporosis
Pengambilan gula yang banyak secara berterusan menyebabkan gangguan metabolisme dalam badan.Kepekatan kalsium dan fosforus tulang berkurangan jika ada lebihan sukrosa.Tulang akan reput dan menjadikan kita tua sebelum usia.
8.Proses penuaan
Radikal bebas yang semakin menjadi akibat pengambilan gula boleh merosak sel-sel badan.Radikal bebas bertindak balas kepada molekul sel-sel tubuh menyebabkan kita cepat tua dan kesihatan terjejas.
9.Terlalu aktif
Ketidakseimbangan bahan kimia dalam badan berlaku akibat pengambilan gula berlebihan.Badan terpaksa mengeluarkan insulin secara kerap dan keadaan ini memberi kesan jika kandungan gula jatuh mengejut.Seseorang akan lebih aktif dan ganas jika hormon andrelin menguasai badan.
Penggambilan gula yang berlebihan membawa mudarat.Gula tidak semestinya dari minuman.Ia datang dari nasi,roti canai,asikrim dan makan ringan yang lain.
Awas! Pencegahan jauh lebih baik dari pada pengubatan.Beringat sebelum kena kerana kesihatan terlalu tinggi nilainya.
Langgan:
Catatan (Atom)