Ahad, 23 November 2014

Tanda atau Gejala Kencing Manis / diabetes





Antara gejala atau tanda-tanda orang yang menghidap penyakit kencing manis ialah:

  • Penglihatan kabur
  • Luka atau lenguh-lenguh yang lambat untuk sembuh
  • Gatal-gatal pada kulit dan jangkitan "yeast"
  • Merasa dahaga yang lebih
  • Mulut kering
  • Perlu kencing kerap
  • Sakit pada kaki

Jika terdapat tanda-tanda seperti ini, eloklah segera berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.



Kandungan dalam Stevia:

Kalori - 0 kcal
Karbohidrat - 0 gram
Protein - 0 gram
Lemak - 0 gram

ROYAL SWEETTENER STEVIA


HTTPS:// WWW.RCC2U.COM/REFF/CTSHIDA769
whatsapp/wechat/sms: 0197265696



Penyakit Kritikal yang dihadapi oleh penduduk di Malaysia


Penyakit Kritikal bermaksud mana-mana 36 penyakit seperti yang telah di tetapkan dan memenuhi tahap/kriteria seperi mana yang di terangkan di dalam polisi. Senarai penyakit kritikal adalah :

1. Serangan Jantung
2. Penyakit Koronari Arteri yang memerlukan pembedahan
3. Strok
4. Kanser
5. Kegagalan Ginjal (Buah Pinggang)
6. Penyakit Lumpuh
7. Pemindahan Organ Utama
8. Sklerosis Pelbagai/Berbilang
9. Hepatiti Virus Fulminan
10. Hipertensi Arteri Pulmonari Utama
11. Koma
12. Buta
13. Penggantian Injap Jantung
14. Pembedahan Aorta
15. Penyakit Alzheimer
16. Hilang Pendengaran / Pekak
17. Hilang Kebolehan Bertutur
18. Kebakaran Parah
19. Penyakit Membawa Maut
20. AIDS Akibat Transfusi Darah
21. Penyakit Motor Neuron
22. Penyakit Parkinson
23. Penyakit Hati Yang Kronik
24. Penyakit Paru-Paru Kronik
25. Anemia Aplastik
26. Distrofi Otot
27. Poliomielitis
28. Meningitis Bakteria
29. Tumor Otak Benigna
30. Ensefalitis
31. Full Blown AIDS
32. Lain-Lain Penyakit Koronari Arteri Yang Serius
33. Pembedahan Otak
34. Sindrom Apalik
35. Trauma Kepala Utama
36. Kehilangan Tangan Atau Kaki

1. Serangan Penyakit Jantung.

Kematian sebahagian otot jantung (miokardium) akibat kekurangan bekalan darah dan terbukti secara :-

i. mengalami kesakitan dada biasa yang berpanjangan; dan
ii. perubahan baru dalam bacaan elektrokardiografi akibat serangan ini; dan
iii. peningkatan tahap enzim kardiak ( CPK-MB ) yang melebihi tahap normal makmal.
Diagnosis berdasarkan peningkatan ujian Troponim T sahaja tidak boleh diterima sebagai diagnosis suatu serangan penyakit jantung.

Angina juga dikecualikan secara khusus.
2. Penyakit Arteri Koronari Yang memerlukan Pembedahan.

Merujuk kepada pembedahan pintasan koronari arteri sebenar melalui cara pembedahan thorakotomi untuk membetulkan atau merawat penyakit koronari arteri tetapi tidak termasuk angioplasty, lain-lain intra-arteri, prosedur lelubang kunci (keyhole) atau laser.

3. Strok.

Ditakrifkan sebagai suatu kejadian atau kemalangan serebrovaskular yang menghasilkan sekueleneulogi bersifat kekal, berlanjutan selama tidak kurang dari enam (6) bulan. Takrif ini juga meliputi keadaan seperti Inflaksi tisu otak, pendarahan dan embolisasi dari luaran rangka tengkorak. Diagnosis mesti berdasarkan perubahan nyata yang dilihat dalam imbasan CT atau MRI dan disahkan oleh pakar neurology.

Dikecualikan secara khusus adalah symptom cerebral akibat serangan iskemik perantara, sebarang kepincangan iskemik neurological boleh sembuh, iskemik vertebrobasilar, symptom cerebral akibat migraine,kecederaan cerebral hasil dari trauma atau penyakit hypoxia dan vascular yang memberi kesan pada mata atau saraf optic atau fungsi vestibule.

4. Kanser.

Kanser ditakrifkan sebagai ketumbuhan tidak terkawal dan perebakan sel-sel malignan serta penyerangan dan pemusnahan tisu-tisu normal menyebabkan rawatan atau pembedahan (kecuali prosedur endoskopi sahaja) dianggap perlu. Kanser ini mesti disahkan melalui pembuktian histology malignan.
Keadaan-keadaan berikut adalah terkecuali :-
i. Karsinoma in situ termassuk karsinoma serviks;
ii. Karsinoma duktus payu dara in situ;
iii. Karsinoma papilari pepundi dan Kanser Prostat Tahap 1;
iv. Semua kanser kulit kecuali melanoma malignan;
v. Penyakit Hodgkin Tahap 1;

4. Tumor terjelma sebagai komplikasi Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS).

5. Kegagalan Ginjal ( Buah Pinggang )

Kegagalan ginjal di peringkat akhir iaitu apabila kedua-dua ginjal gagal berfungsi dan dianggap kronik serta tidak dapat dipulihkan semula dan mengakibatkan rawatan dialysis ginjal berkala perlu dimulakan atau menjalani pemindahan ginjal.

6. Penyakit Kelumpuhan / Paraplegia

Hilang keupayaan guna kedua-dua belah tangan atau kedua-dua belah kaki secara menyeluruh dan kekal, atau sebelah tangan dan sebelah kaki, melalui kelupuhan akibat penyakit atau kecederaan secara berterusan selama sekurang-kurangnya enam (6) bulan dari tarikh trauma atau penyakit itu.

7. Pemindahan Organ Utama.

Telah menjalani pembedahan pemindahan sebagai penerima organ manusia yang berikut :-

i. Buah Pinggang
ii. Paru-paru
iii. Hati
iv. Jantung
v. Sum-sum tulang

8. Sklerosis Pelbagai / Berbilang.

Diagnosis yang jelas tanpa ragu oleh seorang pakar neurology untuk mengesahkan gabungan berikut yang telah berterusan selama sekurang-kurangnya enam (6) bulan :-

i. Symptom yang boleh dirujuk kepada saluran (jasad putih) yang melibatkan saraf optic, pangkal otak dan saraf tunjang yang menghasilkan kepincangan neurology yang ketara; dan
ii. Kepelbagaian atau keberasingan ketara lesion; dan
iii. Catatan sejarah yang didokumentasikan dengan rapi tentang keadaan symptom atau kekurangan neurology yang bertambah tenat atau semakin pulih.

9. Hepatitis Virus Fulminan.

Penyakit ini ditakrifkan sebagai nekrosis hati separa besar hingga kepada besar akibat serangan sebarang virus yang secara terjalnya mengarah kepada kegagalan hati.

Kriteria diagnostik yang perlu ada ialah :-

a. Penguncupan saiz hati yang cepat seperti yang dikesan melalui ultrabunyi abdomen; dan
b. Nekrosis melibatkan keseluruhan lobul, dengan hanya meninggalkan rangka reticulum yang musnah; dan
c. Penyakit kuning yang teruk.
Jangkitan Hepatitis B atau status pembawa sahaja tidak memenuhi criteria diagnostic.

10. Hypertensi Arteri Pulmonari Utama.

Bermaksud hipertensi pulmonary utama dengan pembesaran ventrikul kanan yang ketara yang disahkan hasil melalui siasatan termasuklah kardiak katerisan, mengakibatkan kepincangan fizikal kekal dan tidak boleh sembuh sehingga tahap sekurang-kurangnya Kelas 3 mengikut Klasifikasi New York Heart Association untuk kepincangan kardiak, dan menyebabkan Hayat dilindungi tidak boleh melakukan pekerjaan biasa.

Keadaan tidak sedar diri, dengan tiada tindak balas terhadap rangsangan luar atau keperluan dalaman, berterusan selama tidak kurang daripada 96 jam, memerlukan system sokongan hidup dan mengakibatkan kemerosotan neurology sehingga melebihi 30 hari. Pengesahan oleh seorang pakar neurology mestilah diperolehi.

Koma yang diakibatkan secara langsung daripada kecederaan sengaja diri sendiri, penyalahgunaan dadah atau alcohol adalah terkecuali.

Kehilangan daya penglihatan kedua-dua belah mata secara menyeluruh, kekal dan tidak boleh dibaik pulih. Pengesahan bersijil oleh ahli oftalmologi diperlukan.

13. Penggantian Injap Jantung.

Telah menjalani pembedahan dada-terbuka untuk mengganti atau membaiki injap kardiak akibat ketidaksempurnaan atau keadaan tidak normal yang terjadi pada injap jantung selepas tarikh kontrak berkuatkuasa atau selepas tarikh berkuatkuasa semula.

Pembaikan melalui pembedahan injap (valvotomi), prosedur infra-arteri, pembedahan lelubang kunci (key-hole) atau teknik-teknik seumpama adalah secara khususnya dikecualikan.

14. Pembedahan Aorta.

Telah menjalani pembedahan melalui thorakotomi atau laprotomi untuk membaiki atau membetulkan aneurisma aortic, suatu penghalang pada aorta atau koarktasi aorta. Untuk tujuan takrifan ini, aorta bermaksud aorta thorasik dan aorta abdomen tetapi tidak termasuk cabang-cabangnya.
Kemerosotan atau kehilangan daya intelektual atau berkelakuan tidak normal yang terbukti dengan keadaan klinikal dan soal selidik piawai yang diperakui atau ujian daripada Penyakit Alzheimer / kepincangan kemerosotan organic dalam otak yang tidak boleh sembuh kecuali neurosis, penyakit psikiari, dan sebarang kepincangan organik berkaitan dadah atau alcohol, menyebabkan kemerosotan ketara pada fungsi mental dan social di mana hayat dilindungi perlu diawasi sepanjang masa.

Diagnosis mesti disahkan secara klinikal oleh seorang pakar perubatan yang berkaitan.


16. Hilang Pendengaran / Pekak.

Kehilangan upaya dengar pada kedua-dua telinga secara menyeluruh, kekal dan tidak boleh sembuh akibat penyakit atau kemalangan. Bukti perubatan dalam bentuk audiometric dan ujian ambang bunyi mesti dikemukakan.


17. Hilang Percakapan.

Hilang keupayaan untuk bertutur secara menyeluruh dan tidak boleh dibaik pulih secara berterusan untuk tempoh selama dua belas ( 12 ) bulan. Bukti perubatan yang mengesahkan kecederaan atau penyakit saluran suara yang menyokong kehilangan keupayaan ini mesti disediakan oleh seorang pakar berkaitan (Telinga, Hidung, Tekak)


Kesemua sebab-sebab berkaitan psikiatrik adalah terkecuali.


18. Kebakaran Parah.

Kecederaan terbakar darjah ketiga meliputi sekurang-kurangnya dua puluh peratus (20%) permukaan tubuh badan hayat dilindungi seperti diukur mengikut “Hukum 9” dalam carta Permukaan Badan Lund & Browder.


19. Penyakit Membawa Maut.

Hayat dilindungi mestilah menderita akibat keadaan penyakit, yang pada pendapat pakar perubatan yang berkaitan akan membawa kepada kematian dalam jangkamasa dua belas (12 ) bulan. Hayat dilindungi mesti tidak lagi menerima rawatan secara aktif selain daripada rawatan untuk melegakan kesakitan.


20. AIDS Disebabkan Pemindahan Darah.
Hayat dilindungi dijangkiti virus HIV atau AIDS dengan syarat :-
i. Jangkitan tersebut dari transfusi darah yang dilakukan di Malaysia atau Singapura selepas polisi berkuatkuasa;
ii. Hayat dilindungi tidak menghidapi haemophiliac; dan
iii. Hayat dilindungi bukan ahli kumpulan berisiko tinggi tetapi tidak terhad kepada homoseksual, penyalahgunaan dadah secara suntikan atau pelacur.
Notis pemberitahuan dan bukti kejadian mesti dikemukakan secara bertulis daripada pihak berwajib kesihatan yang mengesahkan bahawa jangkitan terjadi secara perubatan.


21. Penyakit Motor Neuron.

Penyakit motor neuron yang tidak diketahui etiologinya dicirikan oleh kemerosotan berterusan saluran kortikospinium dan sel tanduk anterior atau neuron eferen bulbar. Ini termasuklah atrofi otot spina, palsi bulbar berterusan, sclerosis lateral amiotrofik dan sclerosis lateral primer.

Diagnosis mestilah disahkan oleh seorang pakar perubatan neurology.
22. Penyakit Parkinson.

Diagonosis jelas dan tanpa ragu Penyakit Parkinson oleh seorang pakar neurology di mana pesakit berkeadaan :-

i. tidak boleh dikawal dengan pengunaan ubat; dan
ii. menunjukkan tanda kemungkinan kepincangan berlarutan.

Aktiviti penilaian kehidupan harian mengesahkan kehilangupayaan hayat dilindungi untuk melakukan tanpa bantuan sekurang-kurangnya tiga (3) perkara berikut :-

i. Pengalihan
Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.
ii. Pergerakan
Berkeupayaan bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan sebarang bantuan fizikal.
iii. Buang Air / Penggunaan Tandas
Berkeupayaan untuk mengawal fungsi system pembuangan air besar dan kecil secara semulajadi untuk menjaga kebersihan diri.
iv. Berpakaian
Berkeupayaan untuk memakai atau menanggalkan pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.
v. Mandi / Membasuh
Berkeupayaan untuk mandi atau membersihkan diri (termasuklah kemampuan masuk dan keluar untuk mandi) dan membersihkan diri dengan cara-cara lain.
vi. Makan
Semua usaha untuk memasukkan makanan yang telah di sediakan ke dalam tubuh badan.

Hanya Penyakit Parkinson idiopathic yang dilindungi. Penyakit Parkinson yang dirangsang dadah atau disebabkan oleh toksik adalah terkecuali.

23. Penyakit Hati Kronik.
Kegagalan hati peringkat akhir dengan kewujudan kesemua penyakit berikut :-
- Penyakit kuning kekal;
- Askit;
- Ensefalopati;
- Hipotensi portal.

Wernicke’s ansefalopi & penyakit hati sekundar akibat penyalahgunaan dadah & alcohol adalah terkecuali.
24. Penyakit Paru-paru Kronik.
Kegagalan system pernafasan di peringkat akhir termasuk penyakit paru-paru interstitial kronik.

Semua kriteria-kriteria berikut mesti dipenuhi :-

i. Memerlukan terapi oksigen kekal oleh sebab hasil ujian berterusan FEV1 bernilai kurang daripada satu liter. (Isi padu Penghembusan Nafas Paksaan semasa saat pertama bagi suatu penghembusan nafas paksaan)
ii. Analisis Gas Darah Arteri dengan tekanan oksigen separa kurang dari atau bersamaan 55mmHg.
iii. Disponea ketika berehat.

25. Anaemia Aplastik.

Kegagalan sum-sum tulang kronik yang berlarutan menyebabkan aplasia sum-sum tulang menyeluruh dan memerlukan rawatan sekurang-kurangnya satu daripada kaedah berikut :-

i. Transfusi produk darah secara berkala.
ii. Agen perangsang sum-sum.
iii. Agen imunosupresif.
iv. Pemindahan sum-sum tulang.

26. Distrofi Otot.
Diagnosis distrofi otot memerlukan pengesahan oleh seorang pakar nuerologi dengan gabungan 3 daripada 4 keadaan berikut :-

i. Sejarah keluarga di mana ahli-ahlinya menghidap penyakit ini
ii. Kewujudan klinikal termasuk ketiadaan deria gangguan, cecair spina serebo biasa dan pengurangan refleks tendon yang sederhana
iii. Elektromiogram sifatan
iv. Kesangsian klinikal yang disahkan oleh biopsy otot

Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun terkecuali daripada takrifan ini.
27. Poliomielitis.

Diagnosis tanpa ragu oleh seorang pakar neurology tentang jangkitan virus polio yang menyebabkan penyakit lumpuh akibat fungsi motor yang terjejas atau daya pernafasan yang lemah sebagai tanda jangkitan. Kes-kes yang tidak melibatkan lumpuh tidak layak untuk manfaat ini. Lain-lain sebab lumpuh (seperti sindrom Guillainarre) adalah terkecuali.
28. Meningitis Bekteria.

Meningitis bacteria yang menyebabkan inflamasi membrane otak atau saraf tunjang yang mengakibatkan kepincangan neurological kekal selama tempoh minima tiga puluh (30) hari dan kehilangan upaya melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) Aktiviti Harian Kehidupan yang berikut, sama ada dengan atau tanpa menggunakan peralatan mekanikal, peranti khas atau lain-lain bantuan dan penyesuaian yang digunakan untuk orang hilang upaya. Untuk tujuan pembayaran manfaat ini, perkataan “kekal” ditakrifkan sebagai tiada harapan untuk sembuh dengan menggunakan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.
Aktiviti Harian Kehidupan yang dimaksudkan adalah :-

i. Pengalihan
Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.
ii. Pergerakan
Berkeupayaan bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan sebarang bantuan fizikal.
iii. Buang Air / Penggunaan Tandas
Berkeupayaan untuk mengawal fungsi system pembuangan air besar dan kecil secara semulajadi untuk menjaga kebersihan diri.
iv. Berpakaian
Berkeupayaan untuk memakai atau menanggalkan pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.
v. Mandi / Membasuh
Berkeupayaan untuk mandi atau membersihkan diri (termasuklah kemampuan masuk dan keluar untuk mandi) dan membersihkan diri dengan cara-cara lain.
vi. Makan
Semua usaha untuk memasukkan makanan yang telah di sediakan ke dalam tubuh badan.
Diagnosis hendaklah disahkan oleh pakar neurology.


29. Tumor Otak Benigna.

Suatu tumor bukan kanser di dalam otak yang boleh mengancam nyawa,yang mengakibatkan timbulnya ciri-ciri peningkatan tekanan intrakaranium seperti papiloedema, symptom mental, tidak sedar diri dan kepincangan deria. Kehadiran tumor ini mesti disahkan oleh kajian imej gambar imabasan CT atau MRI.


Perkara-perkara berikut adalah dikecualikan :-

i. Sista;
ii. Granulomas;
iii. Malformasi dalam atau pada arteri atau vena otak;
iv. Haematomas;
v. Tumor dalam kelenjar pituitary atau spina;
vi. Tumor saraf akustik.

30. Eusefalitis.

Ditakrif sebagai inflamasi bahan otak yang teruk mengakibatkan kepincangan neurological kekal selama tempoh minima tiga puluh (30) hari dan disahkan oleh seorang pakar neurology. Kepincangan kekal ini mesti mengakibatkan hilang keupayaan melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) Aktiviti Harian Kehidupan yang berikut, sama ada dengan atau tanpa menggunakan peralatan mekanikal, peranti khas atau lain-lain bantuan dan penyesuaian yang digunakan untuk orang hilang upaya. Bagi tujuan pembayaran manfaat ini, perkataan “kekal” ditakrifkan sebagai tiada harapan untuk sembuh dengan menggunakan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.


Aktiviti Harian Kehidupan yang dimaksudkan adalah :-
i. Pengalihan
Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.
ii. Pergerakan
Berkeupayaan bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan sebarang bantuan fizikal.
iii. Buang Air / Penggunaan Tandas
Berkeupayaan untuk mengawal fungsi system pembuangan air besar dan kecil secara semulajadi untuk menjaga kebersihan diri.
iv. Berpakaian
Berkeupayaan untuk memakai atau menanggalkan pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.
v. Mandi / Membasuh
Berkeupayaan untuk mandi atau membersihkan diri (termasuklah kemampuan masuk dan keluar untuk mandi) dan membersihkan diri dengan cara-cara lain.
vi. Makan
Semua usaha untuk memasukkan makanan yang telah di sediakan ke dalam tubuh badan.

Diagnosis hendaklah disahkan oleh pakar neurology.
31. Full Blown AIDS

Manifestasi klinikal AIDS (Acquired Immuno-deficiency Virus) mesti disokong dengan keputusan positif ujian antibody HIV ( Human Immuno-deficiency Virus) dan satu ujian pengesahan Western Blot. Sebagai tambahan, hayat dilindungi juga mesti mempunyai kiraan sel CD4 yang kurang dari dua ratus (200) dan memenuhi satu atau lebih daripada criteria berikut :-

i. Kehilangan berat badan melebihi 10% daripada berat badan di sepanjang tempoh kurang daripada enam (6) bulan (wasting syndrome);
ii. Kaposi Sarcoma;
iii. Pneumocystic Carinii Pneumonia;
iv. Progressive multifocal leukoencephalopathy;
v. Tuberculosis Aktif;
vi. Lymphocytes kurang daripada satu ribu (1000);
vii. Malignant Lymphoma.
Dalam kes tuntutan kecuali untuk PRUpayor basic, PRUspouse payor basic, PRUparent payor basic, PRUpayor PSA, PRUspouse payor PSA, PRUparent payor PSA, PRUwaiver, PRUspouse waiver, PRUparent waiver, 50% dari semua Manfaat yang berkenaan (sehingga jumlah maksimum sebanyak RM500 000 ke atas mana-mana hayat di bawah polisi ini dan semua polisi-polisi yang lain) yang kena dibayar berhubung dengan penyakit ini akan dibayar. Baki jumlah akan dibayar apabila berlaku kematian, hilang upaya penuh dan kekal atau didiagnosis Penyakit Kritikal yang lain yang mana dahulu berlaku.

32. Lain-lain Penyakit Koronari Arteri Yang Serius.

Penyempitan lumen pada sekurang-kurangnya tiga arteri utama iaitu Sirkumfleks, Arteri Koronari Kanan (RCA), Arteri Menurun Anterior Kiri (LAD), ke tahap minimum 60% atau lebih yang dibuktikan oleh arteriographi kronari. Manfaat ini boleh dibayar tanpa mengira sama ada sebarang bentuk pembedahan koronari arteri telah dilakukan.

33. Pembedahan Otak.

Telah menjalani pembedahan otak di bawah penggunaan anaestesia am dan kruniotomi telah dilaksanakan semasa pembedahan tersebut dilakukan. Bur Hole & pembedahan otak akibat kemalangan adalah terkecuali.

34. Sindrom Appalic.

Nekrosis kortex otak menyeluruh yang tidak menjejaskan pangkal otak. Diagnosis mesti disahkan oleh seorang pakar neurology dan keadaan pesakit mesti didokumentasikan selama sekurang-kurangnya satu (1) bulan.

35. Kecederaan Kepala Utama.

Kecederaan fizikal di kepala yang menyebabkan fungsi yang ketara secara kekal selama tempoh minimum tiga (3) bulan dari tarikh truma atau kecederaan. Hasil kepincangan berfungsi kekal ini hendaklah disahkan oleh seorang pakar neurology dan dipersetujui oleh Pegawai Perubatan Syarikat serta menyebabkan hilang keupayaan melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) Aktiviti Harian Kehidupan yang berikut, sama ada dengan atau tanpa menggunakan peralatan mekanikal, peranti khas atau lain-lain bantuan dan penyesuaian yang digunakan untuk orang hilang upaya. Untuk tujuan pembayaran manfaat ini, perkataan “kekal” ditakrifkan sebagai tiada harapan untuk sembuh dengan menggunakan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.

Aktiviti Harian Kehidupan yang dimaksudkan adalah :-

i. Pengalihan
Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.
ii. Pergerakan
Berkeupayaan bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan sebarang bantuan fizikal.
iii. Buang Air / Penggunaan Tandas
Berkeupayaan untuk mengawal fungsi system pembuangan air besar dan kecil secara semulajadi untuk menjaga kebersihan diri.
iv. Berpakaian
Berkeupayaan untuk memakai atau menanggalkan pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.
v. Mandi / Membasuh
Berkeupayaan untuk mandi atau membersihkan diri (termasuklah kemampuan masuk dan keluar untuk mandi) dan membersihkan diri dengan cara-cara lain.
vi. Makan
Semua usaha untuk memasukkan makanan yang telah di sediakan ke dalam tubuh badan.

36. Kehilangan Anggota Badan.

Putusnya secara fizikal kedua-dua anggota badan pada atau atas pergelangan tangan atau pergelangan kaki, yang menyeluruh dan tidak dapat dipulihkan, atau satu anggota badan pada atau atas pergelangan tangan atau pergelangan kaki akibat kecederaan.

Bahaya di sebalik Gula





KEKURANGAN bekalan dan kenaikan harga runcit gula menimbulkan persoalan.Apa yang ada pada gula sehingga pengguna yang bijak turut membiarkan diri mereka menjadi semut sanggup berebut kerana bahan pemanis itu?

Gula memudaratkan kesihatan. Gula itu racun. Gula penyebab pelbagai penyakit kronik. Ini antara perkara negatif yang dikaitkan dengan gula. Malah pepatah Melayu ada juga menyebut mati semut kerana gula.

Namun, di sebalik impak negatif yang dikaitkan dengan pengambilan gula secara berlebihan, adalah jelas sesetengah pengguna di negara ini masih tidak mahu mengambil peduli bahaya yang disebabkan oleh gula.

Kepada mereka, kesihatan mungkin bukan isu utama dalam kehidupan mereka. Peringatan atau nasihat baik daripada pakar pemakanan atau perubatan bak masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Mahu tidak mahu gula pasir menjadi sebahagian daripada kehidupan masa kini sehinggakan ada yang seperti tidak boleh hidup tanpa bahan pemanis itu.

Menurut Ensiklopedia bebas, Wikipedia, bahan utama yang digunakan dalam pembuatan gula ialah tebu kuning dan tebu hitam.

Dilaporkan kira-kira 107 buah negara menanam tebu untuk menghasilkan sekitar 1,324 juta tan gula. Negara pengeluar terbesar gula, mengikut Wikipedia ialah Brazil, India, China dan Pakistan.

Batang tebu yang tebal menyimpan sukrosa. Secara ringkasnya, gula dihasilkan daripada air tebu yang kaya dengan sukrosa.

Rasa gula sememangnya manis tetapi di sebalik kemanisan itu ia sebenarnya mengundang bahaya. Pada tahun 1929, Sir Frederick Banting, individu yang menemui insulin iaitu hormon utama mengawal metabolisme glukos dalam tubuh manusia mendapati, diabetes adalah penyakit lazim di kalangan pemilik ladang tebu warga asing di Panama sementara pemotong tebu yang terdiri daripada penduduk peribumi Panama tidak menghidap penyakit kronik itu.

Sebabnya? Pemilik ladang tebu mengambil gula putih halus yang dihasilkan daripada tebu pada kadar yang banyak sedangkan pemotong tebu sekadar mengunyah keratan tebu. Impak negatif gula putih turut ditekankan oleh pakar pemakanan dunia yang tersohor, Dr. William Coda Martin.

Punca penyakit

Pada tahun 1957, beliau tampil mengklasifikasi gula putih halus sebagai racun. Martin membuat takrifan itu daripada segi perubatan kerana gula merupakan antara bahan yang jika diaplikasi ke tubuh, ditelan atau diproses di dalam tubuh akan menyebabkan atau mungkin menyebabkan penyakit.

Beliau turut mengklasifikasi gula sebagai racun kerana kandungan vitamin dan galiannya rendah. Apa yang tinggal hanyalah karbohidrat tulen.

Gula akan melahap vitamin dan galian yang berharga daripada tubuh manusia untuk tujuan pencernaan dan detoksifikasi.

Pengambilan gula setiap hari juga dilapor menghasilkan keadaan lebihan asid dan galian di dalam tubuh dan ketidakseimbangan ini perlu diperbetulkan.

Selain gula pasir dan gula perang sebagai bahan pemanis, terdapat bahan pemanis lain seperti madu dan sirap maple serta gula yang tidak dapat dilihat.

Pakar pemakanan tempatan, Mary Easaw John menjelaskan bahawa gula yang tersembunyi boleh ditemui di dalam roti, aiskrim, coklat, pastri, pai dan kuih-muih.


GULA dihasilkan daripada batang tebu yang tingi kandungan sukrosa.

"Untuk membuat roti, ia memerlukan yis atau ragi. Bahan ini pula memerlukan gula untuk mengaktifkannya dan memastikan roti menjadi," katanya. Jeli dan jem juga mempunyai kandungan gula yang tinggi.

Sebagai contoh, 60 peratus kandungan jem adalah gula. Sepotong kuih pula, katanya, mengandungi setengah sudu teh gula, sementara minuman berkarbonat pula mengandungi lapan hingga sembilan sudu teh gula.

Justeru, kita sebenarnya tidak memerlukan gula pasir halus dalam kehidupan harian. "Apa yang perlu ialah mendidik cita rasa kita. Kalau hendak pun mengambil gula pasir, enam atau tujuh sudu teh gula pasir halus sudah memadai. Ini termasuk gula yang tersembunyi seperti dalam kek dan manisan yang lain.

"Gula yang berlebihan dalam tubuh manusia akan disimpan sebagai lemak.

"Ini berbeza jika kita makan sayur atau buah-buahan, ada galian dan vitamin dan ia tidak disimpan dengan cara begitu," katanya.

Beliau turut menasihatkan pengguna supaya berhati-hati apabila mahu membeli makanan yang sudah diproses.

"Ambil sedikit masa untuk teliti label makanan. Periksa kandungan lemak dan gula," kata Easaw John.

Sebuah agensi berita Barat baru-baru ini melaporkan, makanan ringan menjadi punca ledakan penyakit diabetes di rantau Asia Tenggara.

Kajian mendapati, kira-kira 11 peratus lelaki dan 12 peratus wanita di bandar raya Ho Chi Minh, Vietnam, tanpa mereka sedar menghidap diabetes Jenis 2, tidak termasuk empat peratus rakyat negara itu yang disahkan sebagai pesakit diabetes.

Diabetes Jenis 2, paling lazim disebabkan paras lemak dan gula yang tinggi dalam pemakanan di samping kurang senaman. Ia boleh menyebabkan kegagalan ginjal dan penyakit jantung.

Di peringkat global, Persekutuan Diabetes Antarabangsa menganggarkan menjelang tahun 2025 seramai 147 juta orang penghidap diabetes berusia 60 tahun atau lebih.

Statistik negara turut menunjukkan peningkatan dalam jumlah penghidap diabetes.

Pada tahun 2009, sebanyak 17 peratus daripada 27 juta penduduk menghidap diabetes sementara data tahun 2006 pula menunjukkan 21 peratus rakyat mengalami kegemukan dan 6.2 peratus lagi obes.

Apakah kita mahu terus menikmati kemanisan gula dan menjadi penderita penyakit diabetes atau penyakit kronik lain terutama pada usia senja kita? - Bernama

Sumber Rujukan:
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0721&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_01.htm#ixzz3JxUwZQsB
Hakcipta terpelihara


Jom tukar kepada ROYAL SWEETTENER STEVIA


https://www.rcc2u.biz/reff/ctshida769
whatsapp/wechat/SMS : 0197265696


Ahad, 2 November 2014

Perkongsian RCC Global

Perkongsian ilmu menjana pendapatan tambahan buat anda yang menukar pemanis minuman dan masakan kepada Royal Sweettener Stevia.






Ilmu yang ada dikongsi bersama.

Ahad, 12 Oktober 2014

Tanda atau Gejala Kencing Manis / diabetes


Antara gejala atau tanda-tanda orang yang menghidap penyakit kencing manis ialah:

  • Penglihatan kabur
  • Luka atau lenguh-lenguh yang lambat untuk sembuh
  • Gatal-gatal pada kulit dan jangkitan "yeast"
  • Merasa dahaga yang lebih
  • Mulut kering
  • Perlu kencing kerap
  • Sakit pada kaki

Jika terdapat tanda-tanda seperti ini, eloklah segera berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Jom tukar gula anda kepada PEMANIS SEMULAJADI STEVIA,


Lagi manis lagi Bagus hanya dengan Stevia

Satu kajian perubatan menunjukkan , rakyat malaysia merupakan pengguna gula yang tertinggi di asia tenggara dengan purata 3.7 kg gula sebulan. 
Kini hampir 1.4 juta rakyat Malaysia berusia 30 tahun keatas mengidap penyakit diabetes dan dijangkakan 2.5 juta rakyat negara ini akan mengidap diabetes menjelang 2020. 
Menyedari hakikat ini orang ramai digalakkan mengurangkan penggunaan gula dengan mencari pemanis alternatif pengganti gula dan ternyata produk ini boleh menjadi kenyataan. 
Royal Sweettener Stevia (RSS) sejenis pemanis semulajadi berasaskan 100% daun stevia dengan kemanisan 3 kali gula tetapi tidak mengandungi kalori, glukos dan lemak . 
Stevia digunakan untuk mengurangkan kadar gula amalan dalam kehidupan harian.Ia juga menjadi pemanis pilihan bagi mereka yang mengalami masalah berat badan, kencing manis, diabetes dan susah tidur malam.


Layari link ini : www.rcc2u.com/ctshida769

Jana pendapatan dengan gula semulajadi Stevia.

Sabtu, 7 Jun 2014

Gula dan anda


Bagaimana gula boleh menjejaskan kesihatan?·

Gula putih menyekat sistem imun. Didapati gula putih boleh mengurangkan hayat dan jumlah sel darah putih yang menjadi ejen utama kepada sistem imun kita untuk menghalang jangkitan atau kemasukan benda asing ke dalam badan. Ada yang mengatakan gula juga membuatkan badan kita bersifat asidik yang menyebabkan kita lebih mudah diserang bakteria dan virus. Malah, gula juga menjadi makanan utama kepada bakteria dan fungus jika berlaku jangkitan.

Gula putih dikategorikan sebagai makanan tinggi glisemik. Maknanya, ia menyebabkan paras gula darah meningkat cepat dan menjejaskan paras insulin. Maka ia dianggap makanan terlarang, terutama bagi pesakit kencing manis, kerana ia menyukarkan kawalan paras gula darah.

Gula juga ada kaitan rapat dengan kanser. Walaupun kebanyakan doktor tidak mengenakan pantang larang makanan kepada pesakit kanser yang menerima rawatan, mengawal kandungan gula dalam darah membantu meningkatkan tahap kesihatan pesakit.Kawalan paras gula dalam darah melalui penjagaan makanan, senaman, makanan tambahan dan ubat antara komponen penting dalam rawatan kanser.

Mengurangkan pengambilan gula dianggap langkah penting untuk membantu menurunkan berat badan. Masalah dihadapi kebanyakan orang ialah mempunyai bekalan tenaga harian berlebihan daripada makanan dan minuman. Walaupun semua orang tahu bersenam itu penting bagi membakar (menggunakan tenaga), masih ada yang liat mengamalkannya. Tenaga yang berlebihan, ditambah pula tenaga daripada gula dalam minuman, turut menyumbang Justify Fullg kepada pertambahan berat badan.·

Gula dan makanan manis adalah penyebab utama kepada kerosakan gigi seperti kerap dialami kanak-kanak. Bakteria dalam mulut menggunakan gula ini untuk menjadikan keadaan mulut lebih berasid bagi memecahkan lapisan enamel (lapisan gigi paling luar). Lama kelamaan, gigi akan berlubang. Apabila ini terjadi, banyak masalah lain menyusul, termasuk sakit gigi, jangkitan dan kehilangan gigi.Tabiat makan yang terlalu kerap juga perlu dihentikan. Ini kerana apabila kita makan (khususnya makanan mengandungi karbohidrat), ia meningkatkan kemungkinan pereputan gigi kerana air liur lebih banyak digunakan untuk menghancurkan makanan, sedangkan air liur penting bagi meneutralkan tahap keasidan mulut.

Dalam kajian lain mendapati, masalah kesihatan gigi boleh menjadi penyumbang langsung kepada masalah jantung. Untuk mengelak masalah kesihatan yang lebih serius, kurangkan pengambilan gula dalam makanan harian.


Gula Tiruan


APAKAH GULA TIRUAN?

Gula tiruan atau artificial sweetener adalah salah satu alternatif kepada gula.
Biasanya mengandungi nilai kalori yang lebih rendah.
Namun, kebanyakan pemanis jenis ini tidak dapat menyerupai gula  sepenuhnya.
Kerana didapati terdapat perbezaan rasa berbanding dengan gula.
Lima jenis gula tiruan utama ialah aspartame, acesulfame potassium, neotame, saccharin, dan sucralose.                                                                                         Persoalannya, adakah ia selamat? Mungkin anda perlu mendapatkan info tentang lima jenis gula tiruan yang kami sebutkan tadi.Mungkin anda pernah terdengar makanan segera, minuman segera 3 dalam 1 dan minuman berkarbonat juga mengandungi gula tiruan. Sebelum membeli adalah lebih baik anda periksa label untuk mengesan kandungan gula tiruan yang tersembunyi.                                                                                                                           Dan perlu diingat, kos gula tiruan lebih mahal daripada gula tambahan.


SEBAB Penggunaan GULA TIRUAN

Membantu pengurangan berat badan: pemanis tiruan lebih rendah kandungan tenaga dan kalori.
Membantu penjagaan gigi: pemanis jenis xylitol tidak dapat ditapaikan oleh mikroflora (plak gigi dan menghalangnya memasuki permukaan gigi).
Mengawal diabetes: gula darah dapat distabilkan kerana sesetengah pemanis tiruan lambat dimetabolisme oleh tubuh.
Mengawal Hipoglikemia reaktif: Seseorang yang menghidap penyakit hipoglikemia reaktif akan menyebabkan penghasilan insulin yang berlebihan sekiranya seseorang mengambil pemanis yang mempunyai nilai glikemik yang tinggi. Hal ini menyebabkan kandungan glukosa dalam darah menurun ke paras yang terlalu rendah. Oleh itu, pemanis tiruan yang mempunyai nilai indeks glikemik yang lebih rendah menggantikan pemanis yang mempunyai nilai indeks glikemik yang tinggi untuk mengelakkan penurunan gula darah ke paras yang terlalu rendah.





7 Kesan Negatif Pengambilan Gula Berlebihan.

Dulu pernah kecoh seluruh negara apabila kerajaan mengurangkan subsidi gula.Akibatnya harga  gula naik dipasaran.Bukan itu sahaja semua makanan yang ada kaitan dengan gula turut mengalami peningkatan harga.

Sebagai orang yang berusaha untuk menjaga kesihatan saya beranggapan kenaikan harga gula adalah satu hikmah yang wajar kita syukuri seadanya.Kata orang tambah manis dalam senyuman tetapi kurangkan manis dalam minuman.”

Ada 7 kesan negatif pengambilan gula kepada manusia.

1.Kegemukan

Masalah obesiti atau kegemukan bukan perkara baru lagi dalam masyarakat hari ini.Terutamanya kepada mereka yang suka makanan manis namun gaya hidup kurang aktif.Gula yang diambil berlebihan akan bertukar menjadi lemak dalam badan.

2.Tekanan darah tinggi

Bila dah gemuk maka lemak banyak dalam badan.Jantung terpaksa bekerja keras kerana saluran darah semakin  jauh.Kasihan jantung kerana mengepam darah dengan kuat menyebabkan tekanan darah meningkat.

3.Diabetes

Keadaan paras gula yang tinggi berlaku kerana pankreas gagal menghasilkan insulin.Gula yang tinggi dalam darah menyebabkan saluran darah tebal dan sempit.Jadi ramailah kaum kerabat penyakit datang bertandang ke badan kita.

4.Penyakit jantung

Saluran darah yang sempit menyebabkan jantung mengalami kekurangan darah yang beroksigen dan bernutrien.Pengaliran darah yang kurang lancar  ke jantung menyebabkan otot jantung boleh berhenti berfungsi.Kesannya sendiri mau tau la..KO.

5.Fungsi imun terjejas

Ketika gula terlalu banyak dalam darah maka keupayaan sel-sel darah putih terganggu.Sel-sel ini yang sepatutnya menghalang gangguan virus,bakeria dan mikroorganisma ke sistem antibodi telah lari dari tugas.Akibatnya kita mudah mendapat penyakit.Jadi salah siapa sebenarnya?

6.Ketumbuhan tumor.

Masalah ini akan menyerang pesakit kanser.Gula yang berlebihan merangsang sel kanser mendapat bekalan  minyak supaya merebak aktif ke seluruh badan,Perlu kita ingatkan bahawa sel kanser sangat suka kepada gula macam tuannya sendiri.

7.Osteoporosis

Pengambilan gula yang banyak secara berterusan menyebabkan gangguan metabolisme dalam badan.Kepekatan kalsium dan fosforus tulang berkurangan jika ada lebihan sukrosa.Tulang akan reput dan menjadikan kita tua sebelum usia.

8.Proses penuaan

Radikal bebas yang semakin menjadi akibat pengambilan gula boleh merosak sel-sel badan.Radikal bebas bertindak balas kepada molekul sel-sel tubuh menyebabkan kita cepat tua dan kesihatan terjejas.

9.Terlalu aktif

Ketidakseimbangan bahan kimia dalam badan berlaku akibat pengambilan gula berlebihan.Badan terpaksa mengeluarkan insulin secara kerap dan keadaan ini memberi kesan jika kandungan gula jatuh mengejut.Seseorang akan lebih aktif dan ganas jika hormon andrelin menguasai badan.

Penggambilan gula yang berlebihan membawa mudarat.Gula tidak semestinya dari minuman.Ia datang dari nasi,roti canai,asikrim dan makan ringan yang lain.

Awas! Pencegahan jauh lebih baik dari pada pengubatan.Beringat sebelum kena kerana kesihatan terlalu tinggi nilainya.



Ahad, 30 Mac 2014

Kegunaan Stevia


Kesihatan rambut dan Kelemumur
Pati Stevia dipercayai bermanafaat untuk kelemumur, kulit kepala kering, dan rambut kusam, kering dan nipis. Banyak pengguna mendapati rambut mereka lebih kuat, bebas kelemumur dan rambut baru bila penggunaan tetap Stevia. Hanya campurkan 3-4 titis pati Stevia ke dalam syampu biasa dan bilas seperti biasa. Juga, selepas mencuci rambut, gunakan teh stevia sebagai perapi dan bilas selepas 5 minit, dapat membantu mengekalkan warna rambut semulajadi dan menguatkannya
Diabetes
Kajian dan penyelidikan menunjukkan Stevia dapat menstabilkan tahap gula dalam darah, meningkatkan rintangan insulin, malah boleh menggalakkan pengeluaran insulin dengan menggalakkan kesihatan pankreas, menggalakkan penyerapan glukosa dalam darah, dan menghalang kandidiasis (candidiasis) - jangkitan yis kembang-biak bersama gula. Stevia adalah karbohidrat rendah gula dan rendah kalori gula alternatif. Ia juga jenis steviol glycosides yang tidak dihadamkan sistem penhadaman lalu dikumuh sebagai air kencing tanpa terkumpul di dalam badan. Kajian juga menunjukkan bahawa Stevia boleh menghalang keinginan untuk makanan manis dan berminyak atau berlemak. Meminum teh yang diperbuat dari daun Stevia hancur mentah, atau sebagai ekstrak atau bag teh dan diminum 2 atau3 kali sehari dapat membantu masalah darah luar biasa tinggi gula, biasanya dikaitkan dengan diabetes (hyperglycemia). Untukmenyediakan teh Stevia teh, panaskan – tanpa mendidih satu cawan air dan masukkan satu sudu teh daun atau satu beg teh dan dibiarkan selama 5 -7 minit. Diminum panas atau sejuk. Atau 3-4 titis ekstrak Stevia ke dalam secawan air suam atau sejuk.  Stevia juga boleh digunakan sebagai alternatif semula jadi untuk mana-mana pemanis tiruan yang digunakan.
Radang Gusi (Gingivitis)
Kajian menunjukkan bahawa ciri-ciri antibakteria Stevia dapat membantu kaviti, gingivitis, kerosakan gigi dan sakit mulut. Ia boleh menyekat pembangunan dan pembiakan organisma berjangkit  gusi dan gigi, menghalang pertumbuhan plak dan boleh meningkatkan kesihatan mulut secara keseluruhan. Orang yang telah menggunakan Stevia sebagai ubat, melaporkan penurunan ketara dalam jangkitan mulut gingivitis dan lain-lain. Hanya kumoh dengan pencuci mulut Stevia dan memberus mengguna ubat gigi dari Stevia menambah faedah. Untuk membuat pencuci mulut Stevia, tambah 3-4 titis ekstrak Stevia kedalam setengah cawan air suam atau rendamkan daun teh stevia atau uncang teh kedalam secawan air suam dan berkumur tiga hingga empat kali setiap hari terutamanya di waktu pagi dan pada waktu malam. Sebagai ubat gigi, campurkan 2 titis ekstrak Stevia ke dalam ubat gigi biasa.
Pedih ulu hati dan senak
Orang Brazil, Paraguay dan Bolivia menggunakan teh Stevia untuk melegakan sakit perut, pedih ulu hati, dan untuk meningkatkan pencernaan dan fungsi gastro-usus. Minum teh Stevia setiap kali selepas makan dapat membantu pencernaan dan melegakan pedih ulu hati dan sakit perut.
Tekanan Darah Tinggi (Hipertensi)
Beberapa kajian jangka panjang yang dilakukan sepanjang tempoh 1 hingga 2 tahun menunjukkan bahawa stevia boleh menurunkan paras tekanan darah tinggi. Hanya minum teh Stevia dua kali sehari boleh membantu menstabilkan tahap tekanan darah.
Osteoporosis
Satu kajian yang dilakukan ke atas ayam menunjukkan dengan menambah serbuk daun Stevia ke dalam makanan ayam dengan ketara meningkatkan metabolisma kalsium di dalam ayam dan menurunkan 75% kulit telur pecah. Seorang pesakit Osteoporosis menggunakan Stevia mencadangkan bahawa stevia dapat membantu menggalakkan penyerapan kalsium kedalam badan dan membantu meningkatkan kepadatan tulang. Ubat yang dicadangkan ialah penyediaan teh Alfalfa dan stevia dengan merendam setengah sudu herba Alfalfa dan Stevia selama 5-7 minit. Minum dua hingga tiga kali sehari. Menambah serbuk vitamin D kedalam teh atau mengambil makanan tambahan boleh memberi manfaat juga.
Mengurangkan Berat Badan
Penyelidikan perubatan terkini mencadangkan bahawa rendah karbohidrat, kalori dan gula Stevia memanfaatkan dalam pengurusan berat badan. Satu penyelidikan awal menunjukkan Stevia mengganggu  fungsi bahagian pangkal diencephalon yang mengawal sistem saraf autonomik (hypothalamus)dan dapat membantu penurunan berat badan dengan menyekat sensasi lapar. Hipotalamus adalah bahagian otak yang mengawal laparan, dahaga dan keletihan bersama-sama dengan fungsi lain. Aktiviti anti-glycemic dalam stevia turut mengawal paras glukosa darah yang merupakan salah satu punca utama berat badan. Stevia berfungsi sebagai tonik untuk meningkatkan tahap tenaga bagi mereka yang berjuang untuk penurunan berat badan. Ubat yang dicadangkan ialah dengan meminum satu cawan teh Stevia atau campuran 10-15 titis pati Stevia dalam satu cawan air sejuk atau suam. Minum 15 minit sebelum waktu makan.
Kedutan dan Keadaan Kulit Lain
Stevia dipercayai menjadi agen penyembuhan masalah kulit.  Aktiviti Antioksida, antibakteria dan antiseptik membantu mengatasi kekedutan (wrinkles), kecacatan kulit (blemishes), keradangan kulit (dermatitis), ekzema, wabak jerawat, parut, ruam, ruam dan bibir luka (chapped lips). Sedikit pati Stevia digunakan secara langsung keatas kulit terjejas dapat menggalakkan proses penyembuhan. Untuk meratakan kedutan, sebelum tidur, sapukan pes yang dibuat dengan menghancurkan daun Stevia atau pati cecair nya disapu rata keseluruh permukaan muka dan biarkan ia kering selama 15-20 minit. Basuh dan keringkan muka dan sapukan beberapa titis minyak kelapa dara ke muka dan biarkan semalaman untuk mendapat manafaat daripada kesan antioksidannya.
Untuk membersih dan menyegarkan bila dijadikan sebagai pes /topeng muka, kepada kulit berminyak, bersisik dan gatal, dan membantu menghilangkan jerawat,caranya;
a)    campurkan 6 sudu teh tanah liat kaolin dengan 2 sudu teh daun kering hancur stevia dan air suam untuk dijadikan sebagai krim pekat yang sekata.
b)   Jika menggunakan daun segar, sukatannya 5kali ganda jumlah tersebut.
c)   Sapu merata dan tebal dimuka. Apa bila kering topeng akan meninggalkan kesan seperti ukiran dimuka.
d)   Basuh muka apabila topeng kering. Stevia mendatangkan kesan tegang dan melembutkan kulit, melicinkan kedutan dan menghilangkan parut dan kudis.

Sabtu, 29 Mac 2014

Kesan gula berlebihan dalam Darah








Akhirnya....namun belum berkesudahan.
Cegah sebelum parah.


JOM TUKAR GULA 

ROYALE SWEETENER STEVIA



Jumaat, 28 Mac 2014

Stevia di Argo Journal TV 1


Ramai sudah yang berjaya dengan Stevia. Anda bila lagi?
Ikuti kisah kejayaan Pak Long di Argo Journal ini.

http://www.rcc2u.com/reff/ctshida769

Bermulanya Usahawan Stevia

Ramai rupanya yang dah kene kencing manis baru nak cari ubat... Nasib belum sampai tahap kritikal... Hari ini ramai yang beranggapan selagi belum kene kencing manis tak perlu nak cegah dari awal...kalau dah kene kencing manis baru nak cegahrasanya dah terlambat... Kos rawatan di Hospital lagi dah berapa,nak kene ulang alik lagi untuk rawatan susulan... Penyakit nak datang bukan kene tunggu umur 40 tahun baru nak jaga kesihatan....

Cadangan saya mulakan dari sekarang amalkan Royal Sweetener Stevia... Set Percubaan untuk Pengguna VIP hanya RM 120.00 sekotak ( 3 botol )...kalau sendiri pakai boleh tahan sampai 6 bulan.Bagi yang dah berkeluarga,1 botol untuk suami,1 botol untuk isteri dan 1 botol untuk kegunaan di dapur ( masakan / buat air / buat kuih )...RM 120.00 tetap akan habis juga kalau tak pentingkan untuk kesihatan diri dan keluarga...




Stevia di TV 3

Di Jepun penggunaan pemanis berasaskan stevia adalah 60%. Coca Cola dan Pepsi rendah kalori juga menggunakan stevia sebagai pemanisnya. Berarti stevia adalah sama ekonomikal dengan gula.

Gula adalah racun, penyebab banyak penyakit. Kenapa kita tidak impot stevia yang murah itu dari negara luar kalau menanamnya di Malaysia tidak ekonomikal? Nak terus kayakan Robert Kuok ke? Harga stevia sekarang terlalu mahal.

Daun STEVIA ni memang elok diamalkan. bukan la ganti gula 100% tapi boleh gak buat selang sehari. at least kurangkan pengambilan kalori dalam diet seharian. Contoh makan kuih donat yg manis bersalut gula than minum le plak teh yg dibancuh dgn STEVIA. 


Stevia di majalah 3


Apa itu STEVIA?

Stevia Rebaudiana adalah herba renek yang berasal dari Paraguay. Rasa manis yang terhasil daripada daun tumbuhan dikatakan diguna oleh masyarakat peribumi Paraguay dan Brazil sebagai pemanis minuman, makanan dan ubat-ubatan sejak ratusan tahun lalu walaupun penggunaan pertamanya direkodkan saintis, Antonio Bertoni, di Paraguay pada 1887. Stevia tidak mengandungi kalori sungguhpun 300 kali lebih manis berbanding gula.

Stevia merupakan sejenis tumbuhan herba berbatang lembut. Untuk menanamnya, medium yang digunakan ialah dari jenis poros supaya tiada air yang akan bertakung selepas ia disiram. Tumbuhan ini memerlukan air yang mencukupi dan perlu disiram 2 kali sehari dalam cuaca panas. Ia akan cepat kering dan mati jika kekurangan air. Daunnya berbentuk bujur. Batangnya halus dan bergerutu. Dalam keadaan optimun, stevia boleh mencapai ketinggian sehingga 1 meter atau lebih. Ia mengeluarkan bunga kecil berwarna putih. Bentuk bunganya menyerupai bunga-bunga aster yang lain, cuma saiznya kecil. Bunga ini akan menghasilkan biji benih apabila matang. Pembiakan selalunya menggunakan keratan batang. Keratan batangnya mudah mengeluarkan akar. Walaupun ia boleh juga membiak menggunakan biji benih, namun kadar percambahan biji benihnya amat rendah sehingga ia jarang dibiakkan dengan menggunakan biji benih.

Pokok stevia atau "sweet honey leaf" masih belum disyorkan untuk penanaman secara komersial di negara ini meskipun ia menghasilkan bahan yang lebih sihat berbanding gula. Tumbuhan itu juga dikenal pasti tidak mengandungi kalori, lemak, karbohidrat serta toksid menjadikan ia paling sesuai sebagai pemanis semula jadi menggantikan gula dan pemanis tiruan lain seperti aspartame dan sukrosa.